Thursday, 16 October 2014

1.0.1 PEMBUNGKUSAN

                   Pembungkusan merupakan satu konsep yang digunakan untuk melindungi apa jua produk yang memerlukan pembungkusan kerana setiap produk yang dihasilkan perlu dilindungi. Ini adalah untuk menjamin ketahanan serta keselamatan produk tersebut. Sesuatu pembungkusan perlulah mementingkan aspek-aspek kebersihan dalam pemprosesannya.
                   Pembungkusan adalah penggunaan bahan-bahan semulajadi atau bahan buatan manusia untuk membungkus sesuatu produk sebelum ia dipasarkan. Pembungkusan mempunyai daya tarikan tersendiri untuk berkomunikasi dengan pengguna. Ini bermaksud sesuatu yang mempunyai warna, ilustrasi, informasi, dan juga taipografi yang menarik dan jelas dapat menyampaikan dan menjadi tarikan pembeli.
                     Reka bentuk pembungkusan bermaksud konsep pembungkusan itu sendiri yang terdiri daripada dua aspek penting iaitu bentuk dan fungsi pembungkusan tersebut. Bentuk (form) bermaksud pembungkusan yang boleh dilihat dan disentuh serta mempunyai rekaan atau ilustrasi yang menarik. Fungsi adalah kegunaan kepada pembungksan sesuatu produk. Sesuatu reka bentuk pembungkusan yang baik amat bergantung kepada fungsinya. Fungsi dari segi kegunaan selepas diguna, menarik perhatian dan ergonomik.



                     Pembungkusan yang dibuat memberi gambaran yang jelas tentang produk yang ingin dipasarkan. Pembungkusan sesuatu produk yang baik dapat menarik perhatian pengguna dan pembeli. Oleh kerana itu dalam pembungkusan elemen-elemen grafik perlu ditekankan dari segi warna, ilustrasi,taipografi dan rekabentuk. Sesuatu pembngkusan yang baik juga mestilah bersifat mesra alam yang berkonsepkan 3R. 3R  yang bermaksud reduce ialah mengurangkan jumlah bahan buangan, reuse ialah bahan yang boleh digunakan semula dan recycle ialah sesuatu bahan itu dapat dikitar semula.
                    Kesimpulanya, pembungkusan adalah berkait rapat dengan reka bentuk pmbungkusan untuk menghasilkan sesuatu pembungkusan yang menarik dan berfungsi melindungi, penghantaran, selamat digunakan serta bertujuan meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.











1.0.2 SEJARAH  PEMBUNGKUSAN

                    Bermula dari zaman pra-sejarah masyarakat dahulu telah menggunakan bahan semulajadi untuk tujuan penyimpanan dan pembungkusan. Bahan- bahan semulajadi seperti daun, kulit binatang, kulit kayu, buluh dan lain-lain telah digunakan bertujuan untuk membungkus dan menyimpan makanan.
                     Masyarakat dahulu banyak bergantung kepada alam serta bahan semulajadi seperti tanah liat telah digunakan untuk membuat tempayan yang akan digunakan untuk menyimpan makanan sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal. Tempayan digunakan bagi mengelakkan makanan dari dicemari oleh serangga perosak dan memudahkan untuk mengangkut. Contoh yang lain adalah nasi lemak dibungkus dalam daun pisang dan kuih muih. Pembungkusan cara lama ini kekal hingga hari ini kerana rasanya lebih enak dan sedap.

1.0.3   FUNGSI PEMBUNGKUSAN MAKANAN
                     Merupakan sesuatu pembungkusan yang dihasilkan mempunyai fungsi yang tertentu. Diantaranya ialah untuk melindungi produk dari tercemar, mementingkan nilai-nilai estetika(ciri-ciri persekitaran)
                     Selain itu juga maklumat mengenai produk seperti khasiat makanan (jika perlu), cara penyimpanan, isi kandungan, nama dan alamat pengilang, Tarik luput, isipadu(bil/berat bersih), kod bar, tanda halal,buatan Malaysia( SIRIM), cara menggunakannya, imej,ilustrasi,taipgrafi, dan pemberitahuan mengenai produk dalam pelbagai bahasa (jika perlu).
                          Seterusnya, dapat melahirkan tanggapan yang baik terhadap sesuatu produk seperti mudah dibawa, baik dari segi pembuatan serta mudah diedarkan atau dipasarkan.

1.0.4    TANDA JENAMA
                    Merupakan salah satu elemen grafik yang penting dalam sesuatu pembungkusan. Tanda jenama merupakan nama yang diberi kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanda nama befungsi untuk memperkenalkan produk atau sesuatu perkhidmatan itu kepada pembeli. Penggunaan taipografi atau huruf serta tanda simbol adalah untuk mencipta satu tanda jenama kepada Sesuatu produk tersebut. Jenama penting kepada pengeluar untuk memperkenalkan produk keluaran mereka manakala pembeli memerlukannya untuk membezakan sesuatu produk dengan produk lain yang telah sedia ada dipasaran.


1.0.5 TAIPOGRAFI
                            Merupakan huruf yang amat penting dalam reka bentuk pembungkusan penggunaan taipografi untuk meyampaikan maklumat dengan berkesan. Selain tu, taipografi adalah digunakan untuk memberitahu jenis produk untuk dibungkus didalamnya. Oleh itu, pengunaan taipografi pada Sesuatu reka bentuk pembungkusan produk perlu menarik, senang difahami serta diingati pembeli. Penggunaan taipografi yang unik dan kreatif dapat menarik perhatian pembeli. Penggunaan taipografi perlulah bersesuain, tidak terlalu besar atau kecil dan tidak mempunyai corak untuk memudahkan pembeli membaca.

1.0.6   WARNA
                            Penggunaan warna memainkan peranan penting dalam reka bentuk pembungkusan sesuatu produk. Ini menyebabkan warna memainkan peranan penting dalam mewujudkan identiti sesuatu produk. Selain itu, warna memberi kesan secara langsung kepada reka bentuk pembungkusan sesuatu produk. Justeru, pemilihan warna kontras perlu sesuai untuk sesuatu produk supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada pengguna dan dapat bersaing dipasaran.


1.0.7    REKA BENTUK DAN SAIZ
                  Ia merupakan salah satu elemen grafik yang penting dalam menghasilkan sesuatu pembungkusan. Selain itu, reka bentuk merupakan sesuatu pembungkusan perlu menepati beberapa sifat iaitu ergonomic, mudah dibawa, selamat digunakan, mesra alam dan sebagainya. Reka bentuk perlu dibuat mengikut jenis produk supaya ia dapat melindungi produk daripada dicemari dan selamat digunakan. Walau bagaimanapun, reka bentuk pembungkusan bukan hanya perlu kelihatan menarik malahan perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan sebelum sesuatu produk itu dibungkus.
             Dalam hal ini, saiz dapat memberi lebih banyak plihan kepada pembeli. Penentuan saiz kepada sesuatu produk akan mempengaruhi kuantiti sesuatu produk.


1.1     LATAR BELAKANG

                   Rempeyek mini merupakan kuih tradisional yang cukup digemari oleh masyarakat melayu dinegara ini kerana keenakan yang tersendiri.Berikutan keenakannya kuih itu turut digemari kaum lain termasuk cina dan india. Kini rempeyek boleh dianggap sebagai kuih 1 Malaysia. Berdasarkan sejarah, rempeyek ini popular dalam kalangan masyarakat jawa yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu. Rempeyek terdapat saiz kecil dan besar. Dalam hal ini saya mengkaji tentang rempeyek yang bersaiz kecil iaitu lebih dikenali sebagai rempeyek mini. Rempeyek mini diperbuat dari tepung beras,air, jintan manis, jintan pedas, ikan bilis, daun kunyit serta kacang tanah. Cara membuat rempeyek mini ini ialah kesemua bahan yang telah dinyatakan akan dibancuh serta tidak terlalu cair kemudian bancuhan tersebut diletakkan di dalam acuan dan ditaburi dengan kacang tanah kemudian digoreng sehingga kekuningan emas. Apabila sudah sejuk rempeyek mini kemudian akan dibungkan didalam plastik dan diberi kepada pelanggang.Justeru, kerana ia digemari khususnya apabila menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, kini ramai pengusaha mewarisi perbuatan rempeyek bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan. Pada masa yang sama, rempeyek mini juga diusahakan oleh keluarga saya.


    1.2     PERSOALAN KAJIAN
                       
      PERMASALAHAN KAJIAN
                 Permasalahan kajian ini tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan apabila dibungkus dalam plastik kosong kerana rempeyek mini akan rosak serta hancur apabila dimasukkan didalam kotak dengan kuantiti yang banyak. Seterusnya, kualiti makanan tidak terjaga menyebabkan masalah ini berlaku. Selain itu, reka bentuk pembungkusan plastik yang tidak sesuai juga menyebabkan kualiti makanan tidak terjaga seperti plastik tersebut terbuka ia boleh menyababkan rempeyek mini tersebut menjadi lemau serta mudah rosak. Dalam kajian permasalahan ini ilustrasi yang sepatutnya dipamerkan pada label sesuatu pembungkusan tersebut. Malahan, informasi tentang produk tersebut jugs langsung tidak dinyatakan seperti berat, tarikh luput, maklumat pemakanan, nama dan alamat pengilang/pengusaha, logo dan sebagainya. Ini memberi masalah kepada pembeli untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut sekiranya pertama kali mereka ingin membeliya.
                 Dari segi promosi juga langsung tidak pernah dijalankan secara komersil. Ramai yang mengenalinya tetapi tidak ada pengusaha yang ingin mengenegahkan produk ini ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF KAJIAN
             Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kaedah reka bentuk pembungkusan yang bersesuaian. Selain itu, kajian ini juga menganalisa tentang keselamatan pembungkusan tentang keselamatan pembungkusan terhadap sesuatu produk makanan. Oleh itu, kajian ini juga mencadangkan rekaan terbaru pembungkusan produk rempeyek mini agar dapat menarik perhatian pembeli serta dapat bersaing dipasaran.


SKOP KAJIAN
                   Skop kajian ini dikaji disekitar Kelantan iaitu di Kampung Kubang Hakim, Pasir Mas Kelantan. Melalui kajian ini pembungkusan juga memainkan peranan penting supaya ia senang dibawa, selamat digunakan, mesra alam dan sebagainya. Kajian ini dilakukan bagaimana cara pemprosesan reka bentuk pembungkusan rempeyek mini.


HIPOTISIS
Kajian ini telah dikaji dari segi reka bentuk pembungkusan rempeyek mini. Reka bentuk pembungkusan ini dapat paparkan melalui pelbagai kaedah. Selain itu, reka bentuk pembungkusan rempeyek mini yang baru akan dapat dikomersialkan lagi. Dengan pembungkusan produk baru dan ilustrasi,elemen grafik dan taipografi yang jelas dapat menarik perhatian para pembeli. Dengan kaedah ini juga ia dapat menaikkan lagi produk rempeyek mini ini di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.




No comments:

Post a Comment