1.0.1
PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan merupakan satu
konsep yang digunakan untuk melindungi apa jua produk yang memerlukan
pembungkusan kerana setiap produk yang dihasilkan perlu dilindungi. Ini adalah
untuk menjamin ketahanan serta keselamatan produk tersebut. Sesuatu pembungkusan
perlulah mementingkan aspek-aspek kebersihan dalam pemprosesannya.
Pembungkusan adalah
penggunaan bahan-bahan semulajadi atau bahan buatan manusia untuk membungkus
sesuatu produk sebelum ia dipasarkan. Pembungkusan mempunyai daya tarikan
tersendiri untuk berkomunikasi dengan pengguna. Ini bermaksud sesuatu yang
mempunyai warna, ilustrasi, informasi, dan juga taipografi yang menarik dan
jelas dapat menyampaikan dan menjadi tarikan pembeli.
Reka bentuk pembungkusan
bermaksud konsep pembungkusan itu sendiri yang terdiri daripada dua aspek
penting iaitu bentuk dan fungsi pembungkusan tersebut. Bentuk (form) bermaksud
pembungkusan yang boleh dilihat dan disentuh serta mempunyai rekaan atau
ilustrasi yang menarik. Fungsi adalah kegunaan kepada pembungksan sesuatu
produk. Sesuatu reka bentuk pembungkusan yang baik amat bergantung kepada
fungsinya. Fungsi dari segi kegunaan selepas diguna, menarik perhatian dan
ergonomik.
Pembungkusan yang dibuat
memberi gambaran yang jelas tentang produk yang ingin dipasarkan. Pembungkusan
sesuatu produk yang baik dapat menarik perhatian pengguna dan pembeli. Oleh
kerana itu dalam pembungkusan elemen-elemen grafik perlu ditekankan dari segi
warna, ilustrasi,taipografi dan rekabentuk. Sesuatu pembngkusan yang baik juga
mestilah bersifat mesra alam yang berkonsepkan 3R. 3R yang bermaksud reduce ialah mengurangkan
jumlah bahan buangan, reuse ialah bahan yang boleh digunakan semula dan recycle
ialah sesuatu bahan itu dapat dikitar semula.
Kesimpulanya, pembungkusan
adalah berkait rapat dengan reka bentuk pmbungkusan untuk menghasilkan sesuatu
pembungkusan yang menarik dan berfungsi melindungi, penghantaran, selamat
digunakan serta bertujuan meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.
1.0.2
SEJARAH PEMBUNGKUSAN
Bermula dari zaman
pra-sejarah masyarakat dahulu telah menggunakan bahan semulajadi untuk tujuan
penyimpanan dan pembungkusan. Bahan- bahan semulajadi seperti daun, kulit
binatang, kulit kayu, buluh dan lain-lain telah digunakan bertujuan untuk
membungkus dan menyimpan makanan.
Masyarakat dahulu banyak
bergantung kepada alam serta bahan semulajadi seperti tanah liat telah
digunakan untuk membuat tempayan yang akan digunakan untuk menyimpan makanan
sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal. Tempayan digunakan bagi mengelakkan
makanan dari dicemari oleh serangga perosak dan memudahkan untuk mengangkut.
Contoh yang lain adalah nasi lemak dibungkus dalam daun pisang dan kuih muih.
Pembungkusan cara lama ini kekal hingga hari ini kerana rasanya lebih enak dan
sedap.
1.0.3 FUNGSI PEMBUNGKUSAN MAKANAN
Merupakan sesuatu
pembungkusan yang dihasilkan mempunyai fungsi yang tertentu. Diantaranya ialah
untuk melindungi produk dari tercemar, mementingkan nilai-nilai
estetika(ciri-ciri persekitaran)
Selain itu juga maklumat
mengenai produk seperti khasiat makanan (jika perlu), cara penyimpanan, isi
kandungan, nama dan alamat pengilang, Tarik luput, isipadu(bil/berat bersih),
kod bar, tanda halal,buatan Malaysia( SIRIM), cara menggunakannya,
imej,ilustrasi,taipgrafi, dan pemberitahuan mengenai produk dalam pelbagai
bahasa (jika perlu).
Seterusnya, dapat
melahirkan tanggapan yang baik terhadap sesuatu produk seperti mudah dibawa,
baik dari segi pembuatan serta mudah diedarkan atau dipasarkan.
1.0.4 TANDA JENAMA
Merupakan salah satu elemen
grafik yang penting dalam sesuatu pembungkusan. Tanda jenama merupakan nama
yang diberi kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanda nama befungsi untuk
memperkenalkan produk atau sesuatu perkhidmatan itu kepada pembeli. Penggunaan
taipografi atau huruf serta tanda simbol adalah untuk mencipta satu tanda
jenama kepada Sesuatu produk tersebut. Jenama penting kepada pengeluar untuk
memperkenalkan produk keluaran mereka manakala pembeli memerlukannya untuk
membezakan sesuatu produk dengan produk lain yang telah sedia ada dipasaran.
1.0.5
TAIPOGRAFI
Merupakan huruf
yang amat penting dalam reka bentuk pembungkusan penggunaan taipografi untuk
meyampaikan maklumat dengan berkesan. Selain tu, taipografi adalah digunakan
untuk memberitahu jenis produk untuk dibungkus didalamnya. Oleh itu, pengunaan
taipografi pada Sesuatu reka bentuk pembungkusan produk perlu menarik, senang
difahami serta diingati pembeli. Penggunaan taipografi yang unik dan kreatif
dapat menarik perhatian pembeli. Penggunaan taipografi perlulah bersesuain,
tidak terlalu besar atau kecil dan tidak mempunyai corak untuk memudahkan
pembeli membaca.
1.0.6 WARNA
Penggunaan warna
memainkan peranan penting dalam reka bentuk pembungkusan sesuatu produk. Ini
menyebabkan warna memainkan peranan penting dalam mewujudkan identiti sesuatu
produk. Selain itu, warna memberi kesan secara langsung kepada reka bentuk
pembungkusan sesuatu produk. Justeru, pemilihan warna kontras perlu sesuai
untuk sesuatu produk supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada
pengguna dan dapat bersaing dipasaran.
1.0.7 REKA BENTUK DAN SAIZ
Ia merupakan salah satu
elemen grafik yang penting dalam menghasilkan sesuatu pembungkusan. Selain itu,
reka bentuk merupakan sesuatu pembungkusan perlu menepati beberapa sifat iaitu
ergonomic, mudah dibawa, selamat digunakan, mesra alam dan sebagainya. Reka
bentuk perlu dibuat mengikut jenis produk supaya ia dapat melindungi produk
daripada dicemari dan selamat digunakan. Walau bagaimanapun, reka bentuk
pembungkusan bukan hanya perlu kelihatan menarik malahan perlu mempunyai
ciri-ciri keselamatan sebelum sesuatu produk itu dibungkus.
Dalam hal ini, saiz dapat memberi lebih banyak
plihan kepada pembeli. Penentuan saiz kepada sesuatu produk akan mempengaruhi
kuantiti sesuatu produk.
1.1 LATAR BELAKANG
Rempeyek mini merupakan kuih
tradisional yang cukup digemari oleh masyarakat melayu dinegara ini kerana
keenakan yang tersendiri.Berikutan keenakannya kuih itu turut digemari kaum
lain termasuk cina dan india. Kini rempeyek boleh dianggap sebagai kuih 1
Malaysia. Berdasarkan sejarah, rempeyek ini popular dalam kalangan masyarakat
jawa yang berhijrah ke negara ini hampir seabad lalu. Rempeyek terdapat saiz
kecil dan besar. Dalam hal ini saya mengkaji tentang rempeyek yang bersaiz
kecil iaitu lebih dikenali sebagai rempeyek mini. Rempeyek mini diperbuat dari
tepung beras,air, jintan manis, jintan pedas, ikan bilis, daun kunyit serta
kacang tanah. Cara membuat rempeyek mini ini ialah kesemua bahan yang telah
dinyatakan akan dibancuh serta tidak terlalu cair kemudian bancuhan tersebut diletakkan
di dalam acuan dan ditaburi dengan kacang tanah kemudian digoreng sehingga
kekuningan emas. Apabila sudah sejuk rempeyek mini kemudian akan dibungkan
didalam plastik dan diberi kepada pelanggang.Justeru, kerana ia digemari
khususnya apabila menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri, kini ramai pengusaha
mewarisi perbuatan rempeyek bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan. Pada
masa yang sama, rempeyek mini juga diusahakan oleh keluarga saya.
1.2
PERSOALAN KAJIAN
PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian ini tidak
mempunyai ciri-ciri keselamatan apabila dibungkus dalam plastik kosong kerana
rempeyek mini akan rosak serta hancur apabila dimasukkan didalam kotak dengan
kuantiti yang banyak. Seterusnya, kualiti makanan tidak terjaga menyebabkan
masalah ini berlaku. Selain itu, reka bentuk pembungkusan plastik yang tidak
sesuai juga menyebabkan kualiti makanan tidak terjaga seperti plastik tersebut
terbuka ia boleh menyababkan rempeyek mini tersebut menjadi lemau serta mudah
rosak. Dalam kajian permasalahan ini ilustrasi yang sepatutnya dipamerkan pada
label sesuatu pembungkusan tersebut. Malahan, informasi tentang produk tersebut
jugs langsung tidak dinyatakan seperti berat, tarikh luput, maklumat pemakanan,
nama dan alamat pengilang/pengusaha, logo dan sebagainya. Ini memberi masalah
kepada pembeli untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut sekiranya
pertama kali mereka ingin membeliya.
Dari segi promosi juga
langsung tidak pernah dijalankan secara komersil. Ramai yang mengenalinya
tetapi tidak ada pengusaha yang ingin mengenegahkan produk ini ke peringkat
yang lebih tinggi.
OBJEKTIF
KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk mengenal
pasti kaedah reka bentuk pembungkusan yang bersesuaian. Selain itu, kajian ini
juga menganalisa tentang keselamatan pembungkusan tentang keselamatan
pembungkusan terhadap sesuatu produk makanan. Oleh itu, kajian ini juga
mencadangkan rekaan terbaru pembungkusan produk rempeyek mini agar dapat
menarik perhatian pembeli serta dapat bersaing dipasaran.
SKOP
KAJIAN
Skop kajian ini dikaji
disekitar Kelantan iaitu di Kampung Kubang Hakim, Pasir Mas Kelantan. Melalui
kajian ini pembungkusan juga memainkan peranan penting supaya ia senang dibawa,
selamat digunakan, mesra alam dan sebagainya. Kajian ini dilakukan bagaimana
cara pemprosesan reka bentuk pembungkusan rempeyek mini.
HIPOTISIS
Kajian ini telah dikaji
dari segi reka bentuk pembungkusan rempeyek mini. Reka bentuk pembungkusan ini
dapat paparkan melalui pelbagai kaedah. Selain itu, reka bentuk pembungkusan rempeyek
mini yang baru akan dapat dikomersialkan lagi. Dengan pembungkusan produk baru
dan ilustrasi,elemen grafik dan taipografi yang jelas dapat menarik perhatian
para pembeli. Dengan kaedah ini juga ia dapat menaikkan lagi produk rempeyek
mini ini di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.